Tuesday, February 22, 2011

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan!

esok, 23 Februari 2011, Brunei akan menyambut hari kebangsaannya yg ke 27 (?) di Padang SOAS. apa yg me masih ingat Brunei telah berjaya mencapai kemerdekaannya pada 1 Januari 1984. di bawah ane me sertakan serba sedikit sejarah mengenai Brunei ah. (:


Brunei mencapai kemuncak kekuasaannya pada zaman pemerintahan Sultannya yang kelima iaitu Sultan Bolkiah (1485 - 1524), yang terkenal disebabkan pengembaraan baginda di laut, malah pernah seketika menakluki Manila; dan pada zaman pemerintahan sultan yang kesepuluh, Sultan Muhammad Hasan (سلطان محمد حسن) (TM 1582 - 1598), yang membangunkan susun atur adat istiadat kerajaan dan istana yang masih kekal hingga ke hari ini.


Selepas zaman Sultan Hassan, Brunei memasuki zaman kejatuhan berpunca dari pergolakan dalaman disebabkan perebutan kuasa antara waris diraja, juga disebabkan timbulnya pengaruh kuasa penjajah Eropah di rantau sebelah sini, yang menggugat corak perdagangan tradisi, serta memusnahkan asas ekonomi Brunei dan kesultanan Asia Tenggara yang lain.


Pada tahun 1959, Brunei mengisytiharkan kerajaan baru yang berkuasa memerintah kecuali dalam isu hubungan luar, keamanan dan pertahanan dimana isu-isu ini menjadi tanggungjawab British. Percubaan untuk membentuk sebuah badan perundangan pada tahun 1962 terpaksa dilupakan kerana berlaku pemberontakan oleh parti pembangkang iaitu Partai Rakyat Brunei dan dengan bantuan British, pemberontakan ini berjaya dibanteras. Manakala pada akhir 1950 dan awal 1960, kerajaan Brunei ketika itu menolak cadangan (walaupun pada awalnya menunjukkan minat) untuk bergabung dengan Singapura, Sabah (سابه), Sarawak, dan Tanah Melayu (تنه ملابو) untuk membentuk Malaysia dan akhirnya Sultan Brunei ketika itu bercadang untuk membentuk sebuah negara yang merdeka.


(dipetik dari Wikipedia)


batah sudah me tinggalkan subject History tapi lapas membaca teks di atas atu, barutah me teingat balik. walau apa pun, mudahan Negara Brunei Darussalam akan sentiasa aman & damai di bawah lindungan Allah Ta'ala. Amin! Selamat Menyambut Hari Kebangsaan kepada semua warga Brunei Darussalam! :D

p/s: tingkatkan sikap Patriotic kita semua!! hehe.